Malay (Melayu)

MAKLUMAT DAN AKTIVITI UNTUK PELAWATKembali ke atas

Federation Square menempatkan lebih daripada 2,000 acara setiap tahun, termasukl pesta kebudayaan, pertunjukan acara sukan secara langsung, pameran, peragaan fesyen, filem, konsert dan aksi percubaan memecahkan rekod dunia.

New-Year's-Eve-City-Fireworks

Kehidupan di Federation Square begitu beraneka sehinggakan pasti ada acara menarik yang sedang berlangsung pada bila-bila masa anda berkunjung.

Makan Minum

Federation Square menawarkan pelbagai pengalaman masakan, termasuk kafe, bar dan restoran yang unik.

Eat-and-drink-language.jpg1

Pusat Pelawat Melbourne

Pusat Pelawat Melbourne ialah pusat maklumat dan bantuan sehenti untuk pelawat. Di pusat ini juga disediakan khidmat Best of Victoria yang membantu pelawat menempah perjalanan, penginapan, penerbangan, persiaran dan sebagainya.

Tempat: Di persimpangan Swanston Street dan Flinders Street

Waktu urusan: Setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang (tutup pada Hari Krismas)

MVC secondary downstairs 2

Lawatan Berpandu

Lawatan berpandu percuma sekitar Federation Square memberi anda gambaran keseluruhan yang mempesonakan mengenai pembangunan dan seni bina presint ini. Panduan hanya diberikan dalam bahasa Inggeris.

Tempat: Berjumpa di luar Pusat Pelawat Melbourne berhampiran bendera

Waktu lawatan: Isnin hingga Sabtu jam 11 pagi (bertempoh 50 minit)

Had kumpulan: 15 orang (yang lebih awal akan didahulukan)

Guided-Tours

Wi-Fi Percuma

Federation Square ialah tapak Wi-Fi percuma di luar bangunan yang terbesar di Australia, dan disediakan 24 jam setiap hari.

freewifi3

Pusat Lawatan Harian Melbourne

Pusat Lawatan Harian Melbourne menawarkan lawatan sekitar Melbourne dan Victoria dengan bas pesiaran.

Tempat: Lanjutan di Russell Street

Waktu lawatan: Setiap hari

Sewa Basikal

Perkhidmatan penyewaan basikal dan lawatan berpandu sambil berbasikal sekitar bandar raya Melbourne.

Tempat: Federation Wharf

Waktu lawatan: Dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari

Melbourne-Bike-Tours-Rentabiker

Pelayaran Pesiaran Sungai Yarra

Nikmati lawatan sepanjang Sungai Yarra di Melbourne, yang ditawarkan oleh tiga pengendali bot yang terbaik di sini.

Tempat: Federation Wharf

Waktu lawatan: Setiap hari

Fed-Square-5-David-Simmonds

MUZIUM DAN GALERI

Alamilah budaya seni dan kreatif Melbourne dengan enam galeri-galeri dan muzium-muzium yang unik di Federation Square. Anda boleh menyelidik sejarah seni, filem dan reka bentuk Australia sambil mengagumi, karya ahli-alhi seni yang baharu serta yang memuncul sekitar dunia.

Australian Centre for the Moving Image [Pusat Imej Bergerak Australia] (ACMI)

Terokai dunia filem, televisyen dan budaya digital di ACMI yang menawarkan pengalaman-pengalaman di sebalik tabir dan amali unik yang anda tidak akan dapat di mana-mana tempat lain.

Tempat: Masuk melalui The Square

Waktu lawatan: Setiap hari, pawagam dibuka dari jam 9 pagi hingga lewat malam, galeri dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang (tutup pada Hari Krismas)

Maklumat selanjutnya: acmi.net.au

ACMI-Melbourne-Attraction

Kisah Persekutuan

Pameran interaktif yang percuma tentang kisah-kisah peribadi yang menyingkap peristiwa-peristiwa, orang-orang dan idea-idea yang telah mencorakkan Australia.

Tempat: Balkoni di Atrium

Waktu lawatan: 24 jam setiap hari

Maklumat selanjutnya: federationstory.com

Pusat Ian Potter: NGV Australia

National Gallery of Victoria [Galeri Negara Victoria] (NGV) diiktiraf sebagai salah satugaleri yang paling progresif di dunia. Ada dua galeri di Melbourne dan yang terletak di Federation Square ialah Ian Potter Centre [Pusat Ian Potter]: NGV Australia. Galeri ini khususnya mempamerkan hasil seni Australia, termasuk karya anggota komuniti-komuniti Aboriginal [Orang Asli Australia] dan Torres Strait Island [Pulau Torres Strait].

Tempat: The Atrium

Waktu lawatan: Selasa hingga Ahad dari jam jam 10 pagi hingga 5 petang (ditutup pada hari Isnin, Hari Krismas dan Good Friday)

Maklumat selanjutnya: ngv.vic.gov.au

NGV-Studio-Melbourne-Exhibitions

Galeri Kirra

Galeri komersial yang menampilkan hasil seni kaca, ukiran dan barang kemas, yang semuanya dibuat dengan tangan oleh ahli seni Australia.

Tempat: The Atrium

Waktu lawatan: Dari 10 pagi hingga 6 petang setiap hari

Maklumat selanjutnya: kirragalleries.com

Kirra-Galleries-2

No Vacancy Project Space (Ruang Projek Tiada Kekosongan)

Galeri seni kecil yang khususnya menyokong dan mempamerkan karya pelbagai ahli seni dan pereka bentuk yang baharu dan memuncul di Melbourne.

Tempat: The Atrium

Waktu lawatan: Selasa hingga Sabtu dari jam 11 pagi hingga 5 petang, dan Ahad dari jam 12 tengah hari hingga 5 petang

Maklumat selanjutnya: no-vacancy.com.au

KEDAIKembali ke atas

Himpunan kedai runcit yang beraneka di Federation Square adalah unik dan bertumpu pada produk seni dan reka bentuk yang inovatif lagi unik, yang anda tidak akan jumpai di mana-mana tempat lain.

Kedai ACMI

Menjual pelbagai jenis buku mengenai seni wayang, DVD, mainan, kad dan hadiah.

Tempat: ACMI

Waktu urusan: Khamis hingga Selasa dari jam 10 pagi hingga 5 petang, dan setiap Rabu dari jam 10 pagi hingga 7 malam

Cenderamata Terbaik

Produk dan hadiah buatan Australia yang bermutu tinggi dan sesuai untuk semua orang segenap usia.

Tempat: Pusat Pelawat Melbourne

Waktu urusan: Antara jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari

Best-of-Souvenirs

Galeri Kirra

Wadah yang mempamerkan seni kaca dan barang kemas Australia masa kini.

Tempat: The Atrium

Waktu lawatan: Dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari

Kedai NGV

Khususnya menjual buku mengenai seni dan reka bentuk Australia serta produk reka bentuk ciptaan ahli seni tempatan.

Tempat: The Atrium

Waktu urusan: Dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari

NGV-Shop-family

7-Eleven

Kedai serbaneka yang menjual kad pengangkutan awam.

Tempat: St Paul’s Court

Waktu urusan: 24 jam setiap hari

PERIHALKembali ke atas

Federation Square dibina untuk menandakan ulang tahun keseratus persekutuan negeri-negeri di sini yang berasingan menjadi Komanwel Australia. Tempat ini juga merupakan pusat sivik dan budaya yang baharu bagi Melbourne dan penduduknya.

Recreation at Fed Square

Bukan sahaja sekadar mercu tanda seni bina, Federation Square menyediakan tempat untuk anggota-anggota komuniti berhubung, berkongsi budaya dan melahirkan identiti.

Federation Square kini betul-betul mencerminkan kehidupan di Melbourne dan di Victoria. Hampir 60 peratus daripada pengunjungnya terdiri daripada penduduk tempatan (orang yang tinggal dalam bandar atau di kawasan metropolitan Melbourne. Federation Square juga sentiasa disenaraikan sebagai salah satu di antara dua tempat yang paling menarik bagi pelawat-pelawat negara serta antarabangsa.

Visiting-Fed-Square

Federation Square sebesar satu blok bangunan bandar dan terletak di tebing Sungai Yarra, di pinggir presint-presint seni dan sukan, maka itu ia menghubungkan semuanya dengan daerah pusat perniagaan bandar raya Melbourne.

Fed-square

Sejak dibuka pada tahun 2002, Federation Square menyambut purata 10 juta kunjungan setahun.

SEJARAH DAN REKA BENTUKKembali ke atas

Tanah yang kini terletaknya Federation Square asalnya padok rendah berpaya yang bercerun ke arah Sungai Yarra. La adalah sebahagian daripada tanah tuntutan sebuah kumpulan Aboriginal (Orang Asli Australia), iaitu kaum Woiworung, yang terdiri daripada beberapa suku asli, termasuk kerabat Wurundjeri. Pada masa awal orang Eropah menetap di Melbourne, suku-suku Aboriginal kadangkala berkhemah di kawasan ini.

Pada tahun 1838, tapak ini disimpan untuk kegunaan awam dan telah melalui berbilang transformasi menjadi rumah mayat bandar raya, pasar ikan, pejabat kerajaan dan perkarangan gerabak kereta api.

Pada tahun 1996, setelah sekian lama menantikan ruang kegunaan awam di Melbourne, Pemerintah Victoria mengadakan sebuah peraduan reka bentuk dua peringkat antarabangsa untuk membangunkan semula tapak tersebut.

architecture

Projek tersebut perlu menempatkan bangunan-bangunan budaya dan komersial, serta amfiteater terbuka yang mampu menampung serami 15,000 orang. Cabaran yang terbesar adalah semua ini perlu dibina di atas perkarangan gerabak kereta api yang masih digunakan.

Studio seni bina LAB (yang berpangkalan di London pada ketika itu) serta Bates Smart Architects (Melbourne) telah diberikan kontrak reka bentuk pada tahun 1997.

Pembinaan Federation Square bermula pada tahun 1998 dan presint ini dibuka secara rasmin pada tarikh 26 Oktober 2002. Pelantarnya disangga dengan lebih daripada 3,000 tan palang keluli, dinding konkrit sepanjang 1.4 kilometer, dan lebih daripada 4,000 pegas gegelung serta pelapik getah untuk menyerap getaran.

Permukaannya diturapi dengan lebih daripada 500,000 biji batu buntar yang dipotong daripada batu pasir di Gunung Jowlaenga di Kimberley, Western Australia dan disusun dengan tangan.

Fed-Square

Bangunan-bangunan di sini bersalut tiga jenis bahan, batu pasir, zink dan kaca – diatur mengikut bentuk geometri yang berulang-ulang terdiri dari lima segi tiga yang membentukkan pula sebuah panel. Muka bangunan menggambarkan setepat-tepatnya maksud perkataan ‘persekutuan’; pelbagai unsur yang berlainan bercantum menjadi satu.

BERKUNJUNG KE FEDERATION SQUAREKembali ke atas

Federation Square terletak di persimpangan Swanston Street dan Flinders Street di daerah pusat perniagaan Melbourne.

Pengangkutan awam

Trem

Trem yang berkhidmat sepanjang Flinders Street (70, 75, City Circle) dan Swanston Street/St Kilda Road (1, 3, 5, 6, 8, 16, 64, 67, 72) akan berjalan melalui Federation Square.

Kereta api

Stesen Flinders Street terletak bersebelahan Federation Square.

Kereta

Ruang letak kereta disediakan di Medan Letak Kereta Federation Square. Masuk melalui persimpangan Flinders Street dan Russell Street, atau dari Batman Avenue (lanjutan Exhibition Street/City Link). 

Teksi

Sebuah hentian teksi ada di seberang jalan dari Federation Square di luar Stesen Flinders Street.

Federation Square

Jalan masuk

Semua tempat di Federation Square boleh dicapai dengan melalui lif atau tanjakan, dan terdapat laluan pejalan kaki yang bertanda di plaza utamanya. Tandas dan kemudahan menukar lampin bayi disediakan di St Paul’s Court dan di The Atrium.

HUBUNGI KAMIKembali ke atas

Federation Square hanya boleh dihubungi dalam bahasa Inggeris. Dapatkan butir-butirnya di sini. http://fedsquare.com/about/contact-us

Access

Lift access & wheelchair accessible.
Accessiblity at Fed Square

Getting Here

Parking: Parking options at Fed Square
Public Transport: Journey Planner